Awaken the Giant within

星期六, 十一月 10, 2007

警方使用催泪气驱赶示威人士

警方用催泪气及水炮,驱赶在首都吉隆坡反对党的示威人士。

非政府组织“干净与公正选举联盟”(Bersih,公选盟)今天举办大集会,要求成立皇家委员会推行选举改革,确保来届大选干净及公正举行。但没有获得警方发出准许证。

当游行人群准备到独立广场集会时被警方阻止,双方发生冲突,防暴警察发射催泪气及水炮,驱赶人群,很多人走入附近的清真寺暂避。

警方此前严厉警告公众不要参加大集会,否则将被对付,并封闭所有往独立广场的道路。国际人权组织批评政府,没有按民主规则办事。

1 Comments:

  • shenyeeaun.disagrees.net

    Saya ingin menyatakan bahawa sokongan saya terhadap Ronnie Liu tidak bermaksud saya menyokong DAP dan pembangkang secara menyeluruh dan pada masa yang sama tidak bermaksud juga saya menyokong kerajaan. Sokongan peribadi kepada Ronnie Liu adalah disebabkan sokongan saya terhadap seorang invidu yang dianggap maha hebat , mulia dan baik.

    Sebelum itu saya juga berharap Ronnie akan bertanding sama ada untuk kerusi Timbalan ataupun Naib Presiden DAP dalam pilihan raya parti akan datang. Kita sama - sama berdoa supaya harapan ini akan menjadi realiti. DAP perlukan Ronnie !

    ” Saya ingin meminta jasa baik bekas pelajar saya di Sekolah Kebangsaan La Salle Klang supaya menyeru rakan - rakan , ibu bapa dan saudara mara supaya undilah untuk Ronnie. Begitu juga dengan bekas pelajar di Pusat Tuisyen Skor A1 , MRC Centre dan kelas - kelas persendirian saya. Saudara - mara saya yang tinggal di sini. Ahli - ahli penyokong kelab SYA. Rakan - rakan di sekitar Klang. Bekas guru sekolah dan tuisyen. Akhirnya kepada semua yang mengenali saya di Klang. Sebarkan berita dan katakanlah Shen Yee Aun meminta dan juga merayu kepada semua supaya menangkan Tuan Ronnie Liu Thien Khiew di sini ! Para pembaca yang mengenali sesiapa di sini juga diharapkan dapat membantu memohon supaya kenalan di sini memangkah dan undi Ronnie kerana ini bukan soal perbezaan parti dan ideologi tetapi soal individu yang berintegriti dan baik maka penyokong kerajaan wajib menyokong Ronnie sekiranya mahukan janji yang mungkin tidak terlaksana oleh individu yang lain”

    Ronnie Liu merupakan seorang yang mesra tetapi tegas dan adil dalam perjuangan beliau. Beliau sanggup mengenepikan harta dan kekayaan demi perjuangan yang jitu dan tulen. Saya pernah diberitahu pada zaman muda beliau pernah ada cubaan untuk membeli beliau tetapi tidak berjaya. Saya juga diberitahu oleh bekas calon Pandamaran saudara Tee Boon Hock yang menentang YB Teh Kim Poo dari MCA bahawa Ronnie liu ditawarkan oleh satu peluang pekerjaan ke China dan gaji itu bersamaan dengan RM 25 ribu sebulan tetapi Ronnie sanggup tinggalkan kekayaan material demi kemakmuran material masyarakat.

    Setakat ini saya masih belum melihat ada orang yang betul - betul ingin berjaya dalam pilihan raya selain Ronnie. Mungkin ada tetapi mungkin saya tak berpeluang untuk melihat. Dalam kes Ronnie boleh saya katakan 6 bulan lepas beliau kerap datang ke sini dan hampir 2 kali seminggu ! Inilah pemimpin yang harus dicontohi oleh sesiapa sahaja. Begitulah pemimpin masyarakat yang akan bersama rakyat dan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan sekiranya diberi peluang. Ronnie sememangnya ikhlas ingin berbakti.

    Ronnie mempunyai jiwa yang amat besar dan sanggup melepaskan kawasan Parlimen yang pernah ditandingi oleh beliau 2 kali dan dilepaskan kepada seorang darah muda. Berani ramai yang sanggup melepaskan peluang sedemikian ?
    Saya berani katakan versi Tian Chua di Parti Keadilan Rakyat tidak banyak beza dengan versi Ronnie Liu di DAP. Walaupun kedua - dua ini mempunyai ciri - ciri dan cara pembawaan yang amat berbeza tetapi persamaan mereka adalah dari segi dedikasi dan kerajinan yang ditunjukkan kepada parti dan masyarakat. Kita juga tak dapat nafikan Ronnie memiliki banyak keunikan yang mungkin tidak dimiliki oleh Tian Chua dan mana - mana pemimpin di negara ini.
    Amat jarang sekali untuk bertemu dengan seorang legenda yang begitu rendah diri. Saya dapat lihat Ronniu sebagai seorang ahli politik yang berjiwa besar dan pada masa yang sama memiliki hati yang suci dan baik. Beliau menghormati adat dan agama orang lain dengan hati dan mentaliti yang terbuka. Kita perlukan lebih ramai pemimpin yang mempunyai matlamat dan hati yang suci dan bersih seperti Ronniu.

    Mungkin saya dikaburi dengan imej baik yang cuma dipaparkan oleh beliau sebagai seorang ahli politik tetapi saya berani berkata amat sukar sekali seseorang ingin bermuka dua di depan saya. Bukan saya sombong tetapi pandangan dan mata saya biasanya adalah tepat. Tidak dapat dinafikan tiada manusia yang sempurna di dunia ini tetapi setakat ini dari segi sahsiah , keikhlasan dan dedikasi Ronnie dijamin tidak hiprokrit !
    Ronnie sudah lama bertapak dalami dunia politik dan apatah lagi memainkan peranan yang penting dalam parti DAP. Malangnya beliau tidak pernah menang sehingga hari ini. Shen Yee Aun memberi sokongan penuh kepada Ronniu Liu dalam pilihan raya yang akan datang. Saya berharap masyarakat akan memberi peluang kepda beliau untuk membuktikan diri sendiri.

    Saya menyokong Ronniu bukan disebabkan saya menyokong DAP. Biar hari ini Ronnie berada di dalam PAS , MCA , PKR , GERAKAN , mahupun calon bebas saya sokong Ronnie disebabkan saya percaya beliau ada hati yang suci untuk berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa

    Bukan mudah untuk kita berbicara dan berkawan dengan seorang legenda. Walaupun hanya sehari bersamanya ( 7 jam setengah ) bagaikan saya sudah mengenali dirinya untuk berbulan - bulan disebabkan beliau sememangnya seorang yang terbuka dan mesra.

    Ronnie fasih dan mahir dalam menguasai pelbagai bahasa. Beliau merupakan seorang yang multilingual sama ada Mandarin , Inggeris , Melayu , Hokkien dan sebagainya. Seorang pemimpin yang kini turut menguasai dunia penulisan , blogging dan tidak buta IT. Seorang pemimpin yang tahu banyak tentang selok belok agama , sejarah , falsafah dan budaya dunia.

    Ronnie merupakan salah seorang ahli DAP yang unik kerana mampu menjalinkan hubungna dengan sesiapa sahaja dalam kalangan pembangkan sama ada dalam kalangan DAP sendiri ataupun dengan pemimpin di sebelah yang merangkumni Parti Keadilan Rakyat dan PAS.

    Keunikan Ronnie bertambah apabila beliau selalu bersetuju dengan saya supaya perjuangna DAP harus berubah dan DAP harus lebih banyak berusaha berjuang untuk masyarakat bukan cina khususnya Melayu dan India. Oleh itu , percayalah bahawa Ronnie bukanlah seorang yang bersifat perkauman dan sanggup berjuang sehingga akhir nafasnya untuk mana - mana pihak , agama , bangsa , warna , budaya dan jantina.

    Keberanian yang ada pada Ronnie amat menakjubkan. Pahlawan sebeginilah yang kita perlukan untuk mengetuai sesuatu pasukan ataupun negara untuk berperang. Ronnie Liu tidak pernah tunduk kepada tekanan kuasa. Ronnie Liu sudah terkenal dengan dirinya yang lantang bersuara dan berani mengkritik demi pembaharuan dan kebaikan.

    Walau sehebat mana Ronnie dalam DAP tetapi beliau tetap menghormati pejuang - pejuang dan ahli - ahli lama yang sudah lama berbakti. Ronnie sanggup tunduk dengan rendah diri dan meminta tunjuk ajar daripada mereka yang lebih tua daripadanya walaupun tidak semestinya mereka lebih bijak daripadanya. Saya sendiri menyaksikan apabila Ronnie membawa saya dan perkenalkan saya kepada golongan veteran DAP yang tidak pernah berjawatan dan berkuasa tetapi walaupun tidak memiliki apa - apa Ronnie tetap menghargai jasa dan bakti mereka. Jelas Ronnie menghormati golongan dan warga tua. Beliau berbudi bahasa dan berbudi perkerti !

    Percayalah masyarakat bahawa Ronnie tidak akan berdiam diri sekiranya hak anda tercabar. Percayalah Ronnie tidak akan duduk bergoyang kaki apabila masyarakat memerlukan pertolongan dan bantuan. Percayalah Ronnie tidak akan leka dan tidur apabila menang dan dipilih. Percayalah Ronnie tidak akan lupa diri apabila berjaya dan dipuji ! Percayalah Ronnie tidak akan undur apabila ditekan.
    Laman Blog beliau boleh didapati di Ronnie Liu Thien Kiew

    Sesiapa yang hendak berkawan dengan beliau bolehlah email kepada Ronnie yang selalu terbuka untuk berkawan dan menjawab sebarang persoalan serta permasalahan di liu.ronnie2@gmail.com. Seorang yang mudah dibawa berbincang. Sanggup mengorbakan masa demi membantu rakyat. Tidak pernah melihat kepada status , kedudukan , bangsa umur dan jantina.

    Sesiapa yang ingin berbakti , membantu menolong Ronnie sama ada dari segi sokongan moral , tenaga , wang , masa , promosi dan apa bentuk sokongan bolehlah hubungi terus kepada saya. Segala sokongan yang bakal diberi adalah amat dihargai.Ingat buat baik berpada - pada dan buat jahat jangan sekali. Kita diseru supaya membantu mereka yang betul - betul layak memimpin.

    Salah seorang pengunjung laman blog saya pernah memuji Ronnie di ruang komentar suatu ketika dahulu dan berbunyi ” Ronnie memang seorang insan yg berjiwa besar dan rajin. Pernah saya bangkitkan nama Ronnie kpd Guan Eng. Guan Eng juga menyanjung semangat Ronnie and kefasihan beliau sebagai seorang multi lingua. ”

    Sebenarnya kehebatan dan kebaikan Ronnie tidak dapat dihuraikan dengan hanya menulis dan sekiranya menulis mungkin sebuah buku yang beratus - ratus muka suratnya tebalnya hanya mampu menonjolkan kewibawaan beliau. Sebenarnya banyak lagi yang ingin yang berkongsi dengan semua tetapi tidak mampu. Cuma ingin saya ingatkan sendiri berkawan dengan Ronnie. Sendiri turun padang dan lihat cara Ronnie berjuang dan berkerja dan lebih penting menangkan Ronnie dan lihat dengan mata sendiri apa Ronnie boleh buat.

    Para pembaca yang membaca rencana ini makalah marilah kita bersama - sama mendoakan kemenangan Ronnie dalam pilihan raya akan datang . Marilah kita berdoa supaya kekuatan dan semangat yang kental bersama Ronnie. Kita berdoa supaya rakyat akan turun beramai - ramai mengundi dan juga menyokong Ronnie dalam apa jua bentuk sokongan. Kita berdoa suapya Ronnie akan menang dan berjaya menjadi seorang wakil rakyat dan berdedikasi , mulia dan baik.

    SHEN YEE AUN sanggup memberi jaminan segala janji di sini adalah dijamin benar dan bukannya janji manis seorang ahli politik. Kalau Ronnie tidak seperti yang dikatakan oleh saya maka carilah saya kerana saya yang memberi jaminan Ronnie adalah antara yang betul - betul unik , terunggul dan terbaik.

    Penulisan saya mungkin timbul keraguan daripada kalangan pembaca. Apa yang saya dapat dan apa yang Ronnie Liu beritahu. Ingin saya tegaskan apa pun tak dapat. Ronnie sendiri tidak tahu saya menulis rencana ini dan saya selaku bekas Presiden 5 buah kelab , Pengerusi Pengelola lebih daripada 50 program , Penasihat Kelab Pemimpin SYA , wakil kempen pemenang One In A Million Suki Low Sook Yee , antara pengasas awal Kelab Supersukis , Pengurus Kempen calon ASPIRASI pilihan raya kampus dan berjaya menewaskan Presiden Fakulti , Johan dan Pendebat terbaik Bahasa Melayu Universiti Malaya dan banyak lagi sendiri secara individu mengiktiraf kepimpinan Ronnie Liu tanpa disuruh , dibayar ataupun dipujuk.

    HIDUP RONNIE LIU !

    HIDUP RONNIE LIU !

    HIDUP RONNIE LIU !

    HIDUP RONNIE LIU !

    HIDUP RONNIE LIU !

    HIDUP RONNIE LIU !

    HIDUP RONNIE LIU !

    By Anonymous 匿名, at 11/16/2007 08:00:00 下午  

发表评论

<< Home